Friday 9 September 2011

TEKS PENGACARA MAJLIS PERKAHWINAN ISLAM

Dengan diiringi selawat ke atas Junjungan kita Baginda Nabi Muhammad saw,
Beriringan masuk ke dalam dewan, sama cantik dan sama padan, pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari;

Wan Azman bin wan sheikh dan xxxxx bt wan muhamad nasir

Hadirin dan hadirat sekalian dipersilakan untuk sama2 berselawat ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

 (tunggu sampai mereka duduk)


……………………………………………………………………………


BismilLahir Rahmanir Rahim
Assalamu `Alaikum W.B.T. dan salam sejahtera

Allah swt  berfirman dalam Surah Ar-Ruum  ayat 21 yang bermaksud;
Dan diantara tanda2 kekuasaanNya ialah, Dia menciptakan untukmu isteri2 dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya. Dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar2 terdapat tanda2 bagi kaum yang berfikir.

Hazrat Ali ra berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda;
Jangan melambat2kan dalam 3 perkara. Pertama, solah, apabila telah masuk waktunya. Kedua, pengebumian mayat, apabila jenazah sudah disiapkan. Ketiga, mengahwinkan seorang wanita, apabila jodoh yang sesuai sudah didapati.

Yang dihormati,
1.      YB Datuk Dr Hj Wan Junaidi Tuanku Jaafar  (Timbalan speaker  dewan rakyat) dan Yang Berbahagia Datin Hajah Feona Norjanah Wan Junaidi,
2.       YB Sharifah Hasidah Bt Wan Razali (Adun kawasan Semariang),
3.      dato’2, datin2, dif2 kehormat, pasangan pengantin yang diraikan ,ahli keluarga, dan para hadirin hadirat para tetamu yang diRahmati Allah sekalian.
Selamat datang ke :
Majlis Walimatul Urus Wan Azman bin wan sheikh bersama pasangannya xxxxx bt wan muhamad nasir



Subhanallah pagi dan petang
ganjaran pohon di dalam syurga
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Jangan kita terus lalai,
Dalam membuat salah dan dosa,
Tingkatkan usaha banyakkan amalan
Duduk tersenyum kedua mempelai
Menadah tangan kepada yg ESA,
Moga jodoh sentiasa berkekalan

Dengan ini, bagi memohon majlis ini diBerkati dan diRahmati Allah, Tuhan Yang Maha ESA, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh AF Ustaz Syed Ahmad Zaimi Bin Syed Kamaldin
Dipersilakan.

(Doa)

Terima kasih diucapkan kepada AF Ustaz Syed Ahmad Zaimi Bin Syed Kamaldin di atas bacaan doa sebentar tadi.

Sebelum kita meneruskan majlis, eloklah kiranya saya memperkenalkan serba sedikit mengenai pasangan pengantin yang diraikan

Pengantin lelaki adalah putera kepada Wan Sheikh Bin Tuanku Jen dan ............... bt Wan Mahbar. Anak ke-6 dari 10 beradik ini, lebih dikenali sebagai man dikalangan ahli keluarga. Dilahirkan pada 15 September 1985, wan azman pernah mendapat pendidikan menengah di SMK Agama Matang. Untuk pengetahuan hadirin hadirat sekalian, ibu pengantin perempuan juga pernah berkhidmat di sekolah tersebut dan Wan Azman adalah salah seorang pelajar yang diajarnya. Mempunyai sifat yang tabah dan sabar, wan azman kini menuntut di Universiti Malaya, KL

Bagi pengantin perempuan pula, gadis cantik dan pendiam ini merupakan puteri kepada Wan Muhamad nasir Bin wan Mos dan ................. bt Abu Hassan. xxxxx atau lebih dikenali sebagai kak lang merupakan anak ke-3 dari 9 beradik. Untuk pengetahuan semua, adik-beradik pengantin perempuan sangat unik. Empat pertama adalah perempuan, anak ke-5 adalah lelaki dan empat terakhir juga perempuan. Gadis yang dilahirkan pada 24 januari 1989 ini menamatkan zaman persekolahannya di SMKA Tun Ahmad Zaidi (TUNAS) dan kini sedang menuntut di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini, mereka mula berkenalan pada setahun yang lalu. Setelah mendapat restu keluarga dan mendapat petunjuk dari Tuhan Yang Maha Esa melalui solah istikarah yang dilaksana, Alhamdulillah pada hari yang penuh bermakna ini, janji sepakat yang telah dibuat telah ditunaikan di dalam Majlis yang penuh berbahagia pada pagi ini.

Rasulullah saw dikenang-kenang
Pergorbanan di Taif dibaling batu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu

Buah zaiton buah Tin,
Kaya miskin sama nikmati,
Senyum terukir pasangan pengantin
Tanda gembira penuh di hati


Tak molek jika ada sedekah tiada zakatnya
Tak berguna jika ada harta tiada hajinya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Dengan ini, Majlis ingin mempersilakan ………………………………. selaku wakil bagi pihak pengantin lelaki untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada …………………………….. di atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Seterusnya Majlis ingin mempersilakan pula wan muhamad yusof bin wan mos selaku wakil bagi pihak pengantin perempuan untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Wan Muhamad Yusof di atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Kepada pasangan pengantin, itulah sebentar tadi luahan rasa hati daripada wakil kedua-dua belah pihak mendoakan agar ikatan yang terbina akan sentiasa diBerkati dan diRahmati Allah

Ramai yang daif di Kemboja
Bantulah mereka hulurkan tangan
Lauk pauk penuh semeja
Jemput mempelai menikmati hidangan

Bagi hadirin / hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah segan untuk sama –sama menikmati juadah enak yang disediakan. Bagi tetamu yang baru tiba, saya mengalu – alukan kehadiran tuan tuan dan puan puan ke majlis yang bersejarah ini. Jangan lupa membaca Bismillah dan doa sebelum santapan bermula.. Selamat menjamu selera..

 (makan 10 minit)……………



Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama.
Sebelum bernikah syaitan akan merapatkan hubungan supaya berlaku maksiat dan pelanggaran. Selepas bernikah, makhluk yang dilaknat Allah ini akan merenggangkan hubungan dan menimbulkan perselisihan. Mohonlah kepada Allah agar hubungan ini terus berkekalan hingga ke Jannatul Firdaus, insyaAllah. Amin..

Inilah yang dikatakan, asal anak skrg menantu,
jadi ayah, kemudian bercucu
Bila2 masa akan bertemu Allah Yang Satu

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

hidup dunia  ilusi semata
kepada Allah tempat kembali
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua lagi

Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Yang baik dari Allah, yang lemah atas kelemahan saya sendiri.. Maha Suci Allah3, Allah bebas dari salah dan silap. Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang, insyaAllah... Saya mengucapkan salam hormat buat semua, selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum WBT.
Tangguh majlis dengan tasbih kifarah….

………………………………………………………………………………………

Terdapat beberapa pengumuman.
1)      Kepada tetamu yang ingin bersalaman dengan pengantin, bolehlah membuat barisan iaitu tetamu lelaki di sebelah kanan dan tetamu perempuan di sebelah kiri pintu masuk dewan. Bagi yang masih makan, teruskan menikmati hidangan yang telah disediakan.
2)      Kepada semua ahli keluarga pengantin lelaki dan perempuan diminta tunggu sebentar selepas majlis kerana ada sesi bergambar di atas pentas. insyaAllah.