Dengan diiringi selawat ke atas Junjungan kita Baginda Nabi Muhammad saw,
Beriringan masuk ke dalam dewan, sama cantik dan sama padan, pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari;
Wan Azman bin wan sheikh dan xxxxx bt wan muhamad nasir
Hadirin dan hadirat sekalian dipersilakan untuk sama2 berselawat ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W.
(tunggu sampai mereka duduk)
……………………………………………………………………………
BismilLahir Rahmanir Rahim
Assalamu `Alaikum W.B.T. dan salam sejahtera
Allah swt berfirman dalam Surah Ar-Ruum ayat 21 yang bermaksud;
Assalamu `Alaikum W.B.T. dan salam sejahtera
Allah swt berfirman dalam Surah Ar-Ruum ayat 21 yang bermaksud;
Dan diantara tanda2 kekuasaanNya ialah, Dia menciptakan untukmu isteri2 dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya. Dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar2 terdapat tanda2 bagi kaum yang berfikir.
Hazrat Ali ra berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda;
Jangan melambat2kan dalam 3 perkara. Pertama, solah, apabila telah masuk waktunya. Kedua, pengebumian mayat, apabila jenazah sudah disiapkan. Ketiga, mengahwinkan seorang wanita, apabila jodoh yang sesuai sudah didapati.
Yang dihormati,
1. YB Datuk Dr Hj Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Timbalan speaker dewan rakyat) dan Yang Berbahagia Datin Hajah Feona Norjanah Wan Junaidi,
2. YB Sharifah Hasidah Bt Wan Razali (Adun kawasan Semariang),
3. dato’2, datin2, dif2 kehormat, pasangan pengantin yang diraikan ,ahli keluarga, dan para hadirin hadirat para tetamu yang diRahmati Allah sekalian.
Selamat datang ke :
Majlis Walimatul Urus Wan Azman bin wan sheikh bersama pasangannya xxxxx bt wan muhamad nasir
Subhanallah pagi dan petang
ganjaran pohon di dalam syurga
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara
Jangan kita terus lalai,
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara
Jangan kita terus lalai,
Dalam membuat salah dan dosa,
Tingkatkan usaha banyakkan amalan
Duduk tersenyum kedua mempelai
Menadah tangan kepada yg ESA,
Moga jodoh sentiasa berkekalan
Dengan ini, bagi memohon majlis ini diBerkati dan diRahmati Allah, Tuhan Yang Maha ESA, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh AF Ustaz Syed Ahmad Zaimi Bin Syed Kamaldin
Dipersilakan.
Menadah tangan kepada yg ESA,
Moga jodoh sentiasa berkekalan
Dengan ini, bagi memohon majlis ini diBerkati dan diRahmati Allah, Tuhan Yang Maha ESA, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh AF Ustaz Syed Ahmad Zaimi Bin Syed Kamaldin
Dipersilakan.
(Doa)
Terima kasih diucapkan kepada AF Ustaz Syed Ahmad Zaimi Bin Syed Kamaldin di atas bacaan doa sebentar tadi.
Sebelum kita meneruskan majlis, eloklah kiranya saya memperkenalkan serba sedikit mengenai pasangan pengantin yang diraikan
Pengantin lelaki adalah putera kepada Wan Sheikh Bin Tuanku Jen dan ............... bt Wan Mahbar. Anak ke-6 dari 10 beradik ini, lebih dikenali sebagai man dikalangan ahli keluarga. Dilahirkan pada 15 September 1985, wan azman pernah mendapat pendidikan menengah di SMK Agama Matang. Untuk pengetahuan hadirin hadirat sekalian, ibu pengantin perempuan juga pernah berkhidmat di sekolah tersebut dan Wan Azman adalah salah seorang pelajar yang diajarnya. Mempunyai sifat yang tabah dan sabar, wan azman kini menuntut di Universiti Malaya, KL
Bagi pengantin perempuan pula, gadis cantik dan pendiam ini merupakan puteri kepada Wan Muhamad nasir Bin wan Mos dan ................. bt Abu Hassan. xxxxx atau lebih dikenali sebagai kak lang merupakan anak ke-3 dari 9 beradik. Untuk pengetahuan semua, adik-beradik pengantin perempuan sangat unik. Empat pertama adalah perempuan, anak ke-5 adalah lelaki dan empat terakhir juga perempuan. Gadis yang dilahirkan pada 24 januari 1989 ini menamatkan zaman persekolahannya di SMKA Tun Ahmad Zaidi (TUNAS) dan kini sedang menuntut di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini, mereka mula berkenalan pada setahun yang lalu. Setelah mendapat restu keluarga dan mendapat petunjuk dari Tuhan Yang Maha Esa melalui solah istikarah yang dilaksana, Alhamdulillah pada hari yang penuh bermakna ini, janji sepakat yang telah dibuat telah ditunaikan di dalam Majlis yang penuh berbahagia pada pagi ini.
Rasulullah saw dikenang-kenang
Pergorbanan di Taif dibaling batu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu
Buah zaiton buah Tin,
Pergorbanan di Taif dibaling batu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu
Buah zaiton buah Tin,
Kaya miskin sama nikmati,
Senyum terukir pasangan pengantin
Tanda gembira penuh di hati
Tanda gembira penuh di hati
Tak molek jika ada sedekah tiada zakatnya
Tak berguna jika ada harta tiada hajinya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara
Dengan ini, Majlis ingin mempersilakan ………………………………. selaku wakil bagi pihak pengantin lelaki untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada …………………………….. di atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Seterusnya Majlis ingin mempersilakan pula wan muhamad yusof bin wan mos selaku wakil bagi pihak pengantin perempuan untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Wan Muhamad Yusof di atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Kepada pasangan pengantin, itulah sebentar tadi luahan rasa hati daripada wakil kedua-dua belah pihak mendoakan agar ikatan yang terbina akan sentiasa diBerkati dan diRahmati Allah
Ramai yang daif di Kemboja
Bantulah mereka hulurkan tangan
Lauk pauk penuh semeja
Jemput mempelai menikmati hidangan
Bagi hadirin / hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah segan untuk sama –sama menikmati juadah enak yang disediakan. Bagi tetamu yang baru tiba, saya mengalu – alukan kehadiran tuan tuan dan puan puan ke majlis yang bersejarah ini. Jangan lupa membaca Bismillah dan doa sebelum santapan bermula.. Selamat menjamu selera..
Bantulah mereka hulurkan tangan
Lauk pauk penuh semeja
Jemput mempelai menikmati hidangan
Bagi hadirin / hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah segan untuk sama –sama menikmati juadah enak yang disediakan. Bagi tetamu yang baru tiba, saya mengalu – alukan kehadiran tuan tuan dan puan puan ke majlis yang bersejarah ini. Jangan lupa membaca Bismillah dan doa sebelum santapan bermula.. Selamat menjamu selera..
(makan 10 minit)……………
Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama.
Sebelum bernikah syaitan akan merapatkan hubungan supaya berlaku maksiat dan pelanggaran. Selepas bernikah, makhluk yang dilaknat Allah ini akan merenggangkan hubungan dan menimbulkan perselisihan. Mohonlah kepada Allah agar hubungan ini terus berkekalan hingga ke Jannatul Firdaus, insyaAllah. Amin..
Inilah yang dikatakan, asal anak skrg menantu,
jadi ayah, kemudian bercucu
Bila2 masa akan bertemu Allah Yang Satu
Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.
hidup dunia ilusi semata
kepada Allah tempat kembali
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua lagi
Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Yang baik dari Allah, yang lemah atas kelemahan saya sendiri.. Maha Suci Allah3, Allah bebas dari salah dan silap. Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang, insyaAllah... Saya mengucapkan salam hormat buat semua, selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum WBT.
jadi ayah, kemudian bercucu
Bila2 masa akan bertemu Allah Yang Satu
Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.
hidup dunia ilusi semata
kepada Allah tempat kembali
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua lagi
Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Yang baik dari Allah, yang lemah atas kelemahan saya sendiri.. Maha Suci Allah3, Allah bebas dari salah dan silap. Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang, insyaAllah... Saya mengucapkan salam hormat buat semua, selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum WBT.
Tangguh majlis dengan tasbih kifarah….
………………………………………………………………………………………
Terdapat beberapa pengumuman.
1) Kepada tetamu yang ingin bersalaman dengan pengantin, bolehlah membuat barisan iaitu tetamu lelaki di sebelah kanan dan tetamu perempuan di sebelah kiri pintu masuk dewan. Bagi yang masih makan, teruskan menikmati hidangan yang telah disediakan.
2) Kepada semua ahli keluarga pengantin lelaki dan perempuan diminta tunggu sebentar selepas majlis kerana ada sesi bergambar di atas pentas. insyaAllah.
alhamdulillah ,teruskan menjadi pengacara majlis perkahwinan disamping menerapkan nilai-nilai islam.
ReplyDeleteSyabas n tahniah.... Majlis Akan dtg boleh Jadi pengacara sekali lagi Dan terus .. Tetap Dan berpencen....
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeletemohon izin menggunakan teks ini dalam majlis perkahwinan adik saya nanti.
Terima kasih.
Salam,
ReplyDeletemohon izin menggunakan teks ini dalam majlis perkahwinan saya nanti.
Terima kasih.
salam,mohon izin untuk mengadaptasi teks ini utk mjlis perkhwinn adik nt.
ReplyDeleteterima kasih.
mohon izin menggunakan teks ini. terima kasih
ReplyDeleteMohon untuk mengunakan teks ini
ReplyDeleteSalam,mohon izin menggunakan teks ini untuk majlis perkahwinan saya nanti.
ReplyDeletetimekasih
tq best
ReplyDeleteAssalam. mohon izin untuk jadikan rujukan. terima kasih
ReplyDeleteNak pinjam idea skrip ini..mohon halal untuk keberkatan bersama.
ReplyDeletesalam. saya pun copy ye untuk skrip persandingan anak buah. terima kasih share.
ReplyDeleteSalam..mohon izin untuk jadikan teks ini sebagai rujukan..terima kasih..:)
ReplyDeleteassalam..mohon perkongsian n copy .. syukran jazilan..
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeletemohon izin menggunakan teks ini dalam majlis perkahwinan adik saya nanti.
Terima kasih.
As salam..
ReplyDeleteMohon perkongsian teks ini sebagai rujukan.
Terima kasih.
Diizinkan, insyaAllah.. Amalkan dan sebarkan.. Semoga bermanfaat dan memperoleh keberkatan dalam perkahwinan, insyaAllah
ReplyDeleteassalamualaikum..mohon izin untuk menggunakan teks ini sebagai rujukan majlis perkahwinan adik lelaki saya..terima kasih
ReplyDeleteAssalammualaikum, saya mohon izin mengguna script ini sebagai rujukan.
ReplyDeleteWassalam
Assalammualaikum, saya mohon izin mengguna script ini sebagai rujukan.
ReplyDeleteWassalam
assalamualaikum..mohon izin untuk menggunakan teks ini sebagai rujukan majlis perkahwinan sepupu saya..terima kasih
ReplyDeleteInsyaAllah.. Diizinkan...
ReplyDelete-abu faruq
InsyaAllah.. Diizinkan...
ReplyDelete-abu faruq
Assalamualaikum. Mohon izin penggunaan teks ini sbgi rujukan perkahwinan Adik. Muga mendpt berkat tuan yg empunya Dan stp yg mendengarnya..
ReplyDeleteIZINKAN SY MENGGUNAKAN TEKS INI SEBAGAI GUIDE UTK JOB SY...AMAT BERGUNA SEKALI...
ReplyDeleteSALAM RAMADHAN ,, IZINKAN SAYA COPY SEBAGAI RUJUKAN PADA MAJLIS PERKAHWINAN KAWAN SAYA..
ReplyDeleteSalam. Mohon izin guna contoh teks ini utk majlis perkahwinan saudara saya. Tq
ReplyDeletesalam tuan, mohon dibenarkan saya guna teks ini utk persandingan sahabt saya esok, syukran in advance.
ReplyDeleteSalam. Mohon izin guna contoh teks ini utk majlis perkahwinan saudara saya. Terima kasih
ReplyDeleteAssalaamu'alaikum tuan, mohon dibenarkan saya guna teks ini sebagai rujukan utk persandingan anak buah saya nanti, syukran in advance.
ReplyDeletethanks ea...
Assalamualaikum..mohon izin ambil sedikit teks ini untuk rujuka...
ReplyDeleteterima kasih
Salam...mohon izin untuk merujuk teks ini untuk majlis adik ipar saya. Terima kasih
ReplyDeleteSalam... Pohon izin untuk gunapakai selepas diedit... TQVM
ReplyDeleteassalamualaikum. tuan, mohon jasa baik untuk saya pakai teks ini dengan diubahsuai. harap tuan halalkan.
ReplyDeleteassalamualaikum...mohon menggunakan teks ini dengan mengubaisuai sikit jalan cerita klak.
ReplyDeleteAssalamualaikom, saya mohon keizinan untuk menjadikan skrip ini sebagai rujukan untuk majlis perkahwinan anak saya nanti.
ReplyDelete